Thursday, 1 November 2012

Episod ~ 11 ~


Assalamualaikum


‘Aku rasa muka dia mesti merah bila tengok Imran yang ajak. Nasib kaulah sebab suka dekat sepupu aku yang sengal tu.’ Gelak Hana bila dalam kepalanya ligat merencana plan.
Merah padam muka Farah bila tahu yang Imran ajak keluar. Hana mula menjayakan rancangannya tu sudah menarik lengan Imran saat pemuda itu ingin bersapa dengan Farah.
“ Jom sayang. ” ajak Hana . Perkataan sayang yang keluar dari mulut Hana mematikan mood Farah .’ Sampai hati kau Hana, ’ rintih hati kecilnya. Imran yang pelik terus memandang Hana, bila Imran nampak mata Hana dikenyitkan tanda ada rancangan Imran terus senyum.
‘Ada-ada je Hana ni. Pakwepun pakwe lah ’ suara hati Imran.
Suasana dalam kereta Satria Neo LE riuh dengan gelak ketawa dua pasangan baru ini.Farah tidak mampu tersenyum saat tangan Imran dalam gengaman Hana. Kalau diikutkan hatinya yang sakit itu, mahu saja dia pulang membawa duka dalam hati. Namun demi kawan, dia tabahkan jugak diri untuk terus tersenyum walaupun perit.
‘ Yes! Berjaya jugak. Sabar eh Farah, aku nak test je.’ Hana bermonolog dalam hati. Rimas betul bila Imran asyik pegang tangan dia. Ditarik-tarik tangannya agar gengaman itu dileraikan. Bahasa mata Imran yang menyuruh tangan Hana kekal dalam gengamannya membuatkan Hana makin panas. Senyuman evil Imran direnung geram.
“ Sayang! Asal muram je ni? Takkan merajuk kot? Hubby lambat 5 minit je kan? ” Usik Imran. Memang sengaja suaranya dikuatkan agar Farah dengar. Tersentak Hana bila dengar Imran bahasakan diri dia ‘Hubby’
Farah terus-menerus memandang keluar tingkap. Hatinya sakit bagai disalai-salai.’ Argh! ’ jerit hatinya.
Sampai saja di Skudai Mall, mereka pantas menuju ke food court pasal dah kebulur sangat tapi tu apa yang Imran dengan Hana rasa, tidak bagi Farah yang rasa lapar tadi terus kenyang dengan drawa swasta yang dia baru tengok.
Imran yang mula mengesan perubahan Farah terus diburu rasa bersalah. Hana disebelah direnungnya agar menjelaskan keadaan sebenar. Hana yang dah agak apa yang Imran nak terus bermonolog ‘ Eleh! Takutlah tu buah hati merajuk.’
“ Farah, kau kenapa muram? Buah hati kaukan ada depan mata ni ” Hana bersura separuh berbisik
Kepala Farah digeleng laju. Nafasnya dilepas rakus. “ Tak! Aku bukan buah hati dia. Aku tak pernahpun sayang dia.” jeritan Farah membuatkan meja mereka menjadi tumpuan dan Imran terkedu. Hana apatah lagi.
Farah yang sudah meninggalkan mereka dikejar Imran. Tangan itu ditarik dan badan Farah terdorong dalam pelukannya. Air mata Farah jatuh berderai macam paip air.
“ Awak! Dengar dulu apa yang saya nak cakap. ” arah Imran.
“ Awak dah ada Hana. Saya mintak tolong jaga dia.” luah Farah dalam keterpaksaan sambil melepaskan tubuhnya dari pelukan Imran.
Kepala Imran menggeleng laju.
“ Tak! Antara saya dengan Hana tak ada apa-apa. Kami cuma sepupu, Farah.” Farah yang sedari tadi menunduk muka, memandang terus Imran yang sentiasa disayangi. Mata Imran kelihatan berkaca. Hana disebelah cuma mengangguk.
“ Farah, aku cuma nak tengok betul ke tidak kau sayang dekat abang sepupu aku yang sengal ni.” Penjelasan Hana melegakan hatinya. Orang ramai yang menyaksikan drama swasta tadi kembali meneruskan aktiviti mereka bila ketiga-tiga watak utama sudah kembali ke tempat mereka.
“ Sepupu? Tapi tadi kau kata pakwe kau? Celah mana sepupu tu? ” Tanya Farah dengan muka blur.
‘ Blur betullah kawan aku sorang ni ” bisik Hana kepada Imran.
“ Ish, budak ni. Aku saje nak kenakan kau. Nak main-mainkan kau lah. Imran bukan pakwe aku, dia cuma sepupu aku je.” jawab Hana sambil mengelengkan kepalanya.
“ Sampai hati kau kenakan aku Hana. Taknak kawan,” Hana yang mendengar kata-kata terakhir Farah terus tergamam. Farah tersenyum.
“ Sesaat je. ” Farah tersenyum bila Hana memandangnya dengan wajah pelik. Anggukan Farah membuatkan Hana yang sedari tadi membisu kembali bersuara “ Oh! Kau kenakan aku ye.A ku amek Imran nanti.” Gelak mereka bertiga meletus.
“ Tak payahlah Hana. Aku ada calon terbaik untuk kau. Handsome tau macam Choi Siwon kau.” Imran mencelah. Budak dua orang ni kalau gelak tak ingat dunia.
“ Nak. Nak! ” balas Hana sambil bertepuk tangan. Dah macam rupa budak 3 tahun dapat gula-gula kopiko je.

2 comments:

  1. tuan blog mintk maaf sya tgur sebab knape org tak tingal jejak kt chatbox .sbb kena login susah sya cadangkan guna cbox.salam singgah

    http://dingraphic.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hehehe . salam Din :) saya ada catbox . cuba kamu lihat betul2 di bawak wadget watak .. hehehe

    ReplyDelete