Saturday 3 November 2012

Episod ~ 13 ~


Assalamualaikum.


Selepas dua jam buang masa dalam panggung, Imran, Farah, Hana dan Azri terus pergi dekat car park level B.

“ Kau naik dengan aku sekalilah . Kau pun nak balik apartment kan? Soal Imran. Anggukan Azri menyebabkan Hana kembali bengang.

“ Aku naik bas je lah .” sampuk Hana. Ringkas.

“ Eh, tak payahlah. Nanti babah serang aku, ” Imran membalas. Jelas terpancar ketidaksetujuan dia. Muka Hana yang sudah mula monyok membuatkan Imran serba salah. Dipandangnya Farah meminta pendapat. Anggukan Farah memlemahkan pendirian Imran.

“ Boleh. Dengan syarat! ” ujar Imran. Lemah.

“ Apa? ” kata-kata Imran menyebabkan senyuman lebar terukir dibibir Hana.

“ Balik dengan Azri. ” Kenyataan ringkas Imran melemahkan lutut Hana. Nak tak nak, terpaksa terima. Lagipun dia nak bagi can dekat Farah dengan Imran dating. Azri tersengih macam kambing tak mandi sebulan.

Keadaan bas yang sesak dengan orang itu menyebabkan Hana terpaksa berhimpit. Azri masih mengekori dari belakang. ‘Huh! Rimas’ Jerit hati Hana.

“ Kalau dah tahu badan tu size XXXXL. Tak payah lah nak menyempitkan ruang dalam bas ni. Huh! Seksa.” kata-kata gadis yang berdiri disebelahnya terasa berdesing ditelinga. Malu. Azri diam.


‘ Bongok betul. Boleh dia buat derk je? Tolonglah back-up. Huh!’ Marah Hana dalam hati. Dipusingkan badan agar menghadap gadis tadi yang sedang khusyuk renung Azri  a.k.a si keding tu. ‘ Huh! Dah jatuh hatilah tu dengan si keding.’

Perasaan geramnya itu hanya dilepas dalam hati. Hati Hana tiba-tiba takut bila sepasang tangan sedang meraba bahagian belakang tubuhnya. Menggeletar tubuh XXL itu. Keadaan yang sesak itu memaksa Hana menahan perasaan dalam hati. Kalau ikutkan hati, memang naya orang tua dekat belakang ni!

Seketika Hana terasa tangannya ditarik, wajah Azri dihadapannya kini. Berdebar -debar jantungnya. Merah padam muka awek yang sound Hana bila tengok Azri pegang tangannya yang berisi.

‘ Aduh! Comelnya dia. Nak gugur jantung aku ni . Tolonglah Ya Allah, biarkan masa berhenti seketika, aku tak sanggup nak berpisah dia!’doa Azri dalam hati.

‘Apahal mamat ni rapat sangat ni. Jantung ni pulak tak boleh ke berhenti berdebar-debar, pelik betul. ’Hati Hana bersuara. Mukanya makin merah bila ditenung oleh sepasang mata yang duk tercegat depan dia.

Dalam kereta Imran.

“ Imran, awak rasa Hana dengan Azri okay ke? ” Farah memulakan bicara. Hati yang tak senang ini perlukan penjelasan.

“ Entahlah awak. Saya tak tahu lah Azri boleh ke tidak handle Hana tu. Awak tahu je lah perangai Hana tu. Panas baran.” Farah mengangguk. 

‘Ada benar jugak kata-kata Imran. Panas baran Hana tu memang tak boleh nak dihalang. Harap-harap Azri boleh kurangkan sakit baran Hana tu,’Doa Farah dalam hati.

‘Cantik betul Farah ni. Asal lah dari dulu aku tak perasan, nasib tak terlepas. ’puji Imran dalam hati. Farah yang sedari tadi termenung berpaling memandang Imran.

Merah muka Farah bila dapat tahu Imran tengah pandang dia.’Imran pandang akulah..Yahoo!’Jerit  Farah dalam hati. Gembira bukan main.

Imran terus concentrate bawak Satria Neo LE dia. Kecut hati beb bila terkantoi. Jatuh saham.

“Thanks Farah sebab sudi teman abang,”ujar Imran bila sampai depan apartment Kasawari a.k.a apartment Farah dan Imran. Selamba je.

Farah yang terkejut cepat-cepat mengusik, “Abang?”

“Err,” ‘Sudah!aku nak bantai apa ni?Macam mana boleh terlepas ni.’Imran berbicara dalam hati sambil mengutuk cara dia yang tak gentle tu. Farah disebelah terus tersenyum, ‘Comelnya bila dia malu camtu.,hehe’ Imran terus tersengih,kesal dengan kata-kata yang terlampau poyo tadi.

“Bahhhh!” Sampai saja Imran dekat rumah sewanya, terus kena sergah dengan housematenya yang gila. Sape lagi kalau bukan Fahim ,kawan baik Irfan yang tengah nak ejas sepupunya, Hana.

“Kau memang nak aku matikan?”marah Imran.Baru nak happy-happy teringat kejadian petang tadi.Rindu pulak dekat dia.Ehh?

“Ish,takdelah.Kalau kau mati,sape nak bayar duit sewa rumah bila kiteorang pakat buat-buat sesak nanti” Fahim tersengih.Bulat biji mata Imran bila dengar keterlepasan cakap Fahim

“Kau cakap korang pakat buat-buat takde duit?”jerit Imran.Naik pekak telinga Fahim.


“Relax lah Im,sekali sekala je.Janganlah jerit-jerit.Sakit telinga ni tau tak.”kata Fahim sambil mengosok telinganya bila dengan Imran terjerit tadi sekaligus menyesali diri sendiri sebab dah terlepas cakap.

Imran cuma geleng kepala dengan perangai gila Fahim ni.Perangai je gila. “Irfan mana?”laju persoalan ditanya bila tengok mamat lagi sorang ni takde.

“Ala,biasalah.Lepak mamak kot.Tak pun jumpa kawan-kawan high class dia tu” Fahim mencebik lagipun dia memang tak suka nak lepak malam-malam ni.

‘Tak pernah diajar oleh bapak dia dulu.Tapi bagus jugak,boleh jadi jaga dekat rumah ni.’Imran bersuara dalam hati.

Waalaikumussalam......

No comments:

Post a Comment