Saturday, 3 November 2012

Tanda Bila Lelaki Merajuk .


Diam Seribu Bahasa

Dia diam je sepanjang ada dengan kita, bila kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja..Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini..Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita..

Buat Tak Tahu

Dia akan buat tak tahu dengan kita..Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je..Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau)..Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud..(Memang betul pun, padan muka korang)

Menolak Untuk Makan Bersama

Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita..Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la, lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi..”

Masam Muka

Ok,sudah lah tak nak cakap dengan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak..Tak puas hati la konon..Tapi adat la kalau orang dah merajuk..Perempuan pun lebih kurang je..

Baca Surat Khabar

Bab ni memang tabiat orang lelaki..Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia..Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta..

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam

Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia..Mata dia di TV tapi hatinya ke lain..

Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi..Nak protes la tu kononnya..Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je..

Matikan Telefon Bimbit

Ha ni satu lagi tabiat lelaki..Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah..Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong..Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat..Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer..

Hisap rokok

Macam tak pernah dapat rokok setahun..

Ok, then tu ja la yang berjaya aku kopi & pasta untuk korang..Hehehehe..

2 comments:

  1. good entry darla. haha.
    tunang sara kalau majuk dia wat dek je. :p

    ReplyDelete
  2. hana pun sama . kalau tunang hana merajuk dia buat dek je ..

    ReplyDelete