Wednesday 31 October 2012

Episod ~ 10 ~


Assalamualaikum


“ Farah ! ” Sapa Hana sambil menjengah bilik Farah.
‘ Oh! Tengah mandi ke? Banyak gila gambar Imran. Kalau aku bagitau Imran confirm mamat tu malu gila.hehe ’ bisik hati Hana saat terpandang gambar Imran yang ditampal di suatu sudut khas.
Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga
Deringan lagu Yang Sempurnakanku dari Sixth Sense itu membantutkan sesi menjelajah ke bilik Farah, pantas Hana menjawab bila nama Imran tertera.
“ Hana ! Lepak jom. Boring kot dekat rumah sorang-sorang. ” Jerit Imran.
‘ Budak ni kalau cakap takde break, main nak jalan je. Dah lah jerit dekat telinga aku. Pekak aku kejap lagi. Nak kena ni ’ bisik hati Hana. Geram.
“ Weh! Kau cakap takde break ke? Dah le salam tak bagi, lepas tu nak menambah taik telinga aku ke jerit kuat-kuat ? ” marah Hana. Imran yang dari tadi menunggu tergelak sakan.
“ Tak habis lagi ke gelakkan aku ? ” Perlian Hana yang singgah ditelinga Imran terus mematikan gelaknya. Lalu bersuara
“ Nak tak? ”
“ Aku ajak kawan boleh? Dekat mana? ” jawab Hana yang kemarahannya sudah kembali pada paras normal.
“ Boleh je. Dekat Mall nak? Aku amek. Kau tunggu tau. ”
‘ Lagi sekali dia buat. Cakap tak pakai break lah dia ni. Aku nak cakap pun dah tak boleh. Tahu la dah beli kereta baru. Hey! ' Marah Hana dalam hati. Tak berani nak marah sepupu dia karang aku jugak yang kena tarik telinga dengan abah pasal marah sepupu sengal dia ni. Terpaksalah ikutkan aje.
Sebaik saja Hana memalingkan muka, Farah sudah tercegat dekat pintu. Selepas menyuarakan rancangannya tadi, Farah bersetuju untuk ikut. Walaupun dia kata segan.
‘Aku rasa muka dia mesti merah bila tengok Imran yang ajak. Nasib kaulah sebab suka dekat sepupu aku yang sengal tu.’ Gelak Hana bila dalam kepalanya ligat merencana plan.
Merah padam muka Farah bila tahu yang Imran ajak keluar. Hana mula menjayakan rancangannya tu sudah menarik lengan Imran saat pemuda itu ingin bersapa dengan Farah.
“ Jom sayang. ” ajak Hana. Perkataan sayang yang keluar dari mulut Hana mematikan mood Farah.’Sampai hati kau Hana, ’ rintih hati kecilnya. Imran yang pelik terus memandang Hana, bila Imran nampak mata Hana dikenyitkan tanda ada rancangan dan Imran terus tersenyum.
‘ Ada-ada je Hana ni. Pakwepun pakwe lah ’ suara hati Imran
Suasana dalam kereta Satria Neo LE riuh dengan gelak ketawa dua pasangan baru ini. Farah tidak mampu tersenyum saat tangan Imran dalam gengaman Hana. Kalau diikutkan hatinya yang sakit itu, mahu saja dia pulang membawa duka dalam hati. Namun demi kawan, dia tabahkan jugak diri untuk terus tersenyum walaupun perit.
‘ Yes! Berjaya jugak. Sabar eh Farah, aku nak test je.’ Hana bermonolog dalam hati. Rimas betul bila Imran asyik pegang tangan dia. Ditarik-tarik tangannya agar gengaman itu dileraikan. Bahasa mata Imran yang menyuruh tangan Hana kekal dalam gengamannya membuatkan Hana makin panas. Senyuman evil Imran direnung geram.
“ Sayang! Asal muram je ni ? Takkan merajuk kot ? Hubby lambat 5 minit je kan? ” Usik Imran. Memang sengaja suaranya dikuatkan agar Imran dengar. Tersentak Hana bila dengar Imran bahasakan diri dia ‘Hubby’
Farah terus-menerus memandang keluar tingkap. Hatinya sakit bagai disalai-salai.’Argh!’ jerit hatinya.

# p/s : oi kak farah ! imran . jangan nak bercinta belakang ana . sepak kang >.<

Episod ~ 9 ~


Assalamualaikum


Malam itu, ketika sedang duduk menikmati buah-buahan segar sambil menonton drama Asmara 2, Farah memulakan bicara.
“ Hana, kau marah aku ke? Dari siang tadi kau asyik senyap je. ” Ada getaran dalam nada suaranya.
Hana memandang Farah sekilas dan keluhan dilepaskan sebelum bait-bait kata diatur.
“ Farah, aku tak marah kau pun sebenarnya. Lepas gaduh dengan mamat sewel tu aku terus badmood. Sorry sangat sebab buat kau fikir macam-macam. Sorry ek.” jelas Hana. Dia sedar tak patut tindakannya melepaskan amarah pada orang yang tidak bersalah.
Farah cuma tersenyum. Dia faham benar dengan perangai Hana. Yelah, dari darjah satu berkawan.
“ Hana, kau cakap tadi kau gaduh? Lepas tu ada mamat sewel? Ish! Aku blur lah. ” Farahbersuara selepas 5 minit melayan drama Asmara 2.
“ Aah! Aku gaduh. Mamat sewel tu memang tak guna. Harap muka je handsome macam Siwon.” Marah Hana.
“ Oh! Tapi kau gaduh dengan sape? ” soal Farah lagi
‘Aduh! Apa ke blur sangat kawan aku ni .Hai, nasib badan.’ Satu keluhan dilepaskan dan Hana kembali bersuara “ Aku gaduh dengan mamat sewel tu lah! ” Jawab Hana acuh tak acuh.
“ Sape pulak mamat sewel tu? Apasal kau panggil dia mamat sewel? Tak baik tau panggil dia macam tu, kesian mak bapak dia, penat-penat pilih nama ”soalan Farah ini menimbulkan kepanasan yang hakiki dalam hati Hana. ‘Ya Allah Ya Tuhanku. Bantulah hambamu ini ’. Doa Hana dalam hati.

“ Kalau aku tahu nama dia apa, takdelah pulak aku panggil dia tu mamat sewel Cik Farah Nabila.” balas Hana dengan nada geram. Farah hanya tersenyum bila tahu kawannya itu sudah naik hantu. Pantas bahu Hana diraih bagi menyejukkan hatinya. Lalu Farah bersuara “Blur jugak ye, aku ni.”
“ Aah! Teramat blur. Sampai rasa macam nak cekik-cekik je kau! ”
Tangan yang meraih bahu Hana kini sudah berada dileher Farah erat sambil kepala digeleng laju. Gelak tawa mereka menyusul kemudian.
“ Woi! Tak reti tidur ke? Gelak macam hantu! ” jeritan jiran depan rumah mereka mematikan gelak tawa mereka.
“ Opss ” pantas kedua-duanya menutup mulut. Tulah,gelak sampai tak ingat dunia.

Episod ~ 8 ~


Assalamualaikum


Suasana bingit di kafe makin menyesakkan dada Hana. ‘Huh! Serabut! Mana Farah ni, takkan kena tahan dengan Prof  Botak tu lagi? Adoi!’ hati Hana mendengus kuat.
Pandangan rakan-rakan U-nye langsung tidak diendahkan. Dari jauh,  Irfan Hanaffi sedari tadi asyik memandang wajah masam Hana, hatinya berdetik  ‘apasal lah kau comel sangat?’ Wajah yang masam mencuka itu masih direnungnya hinggakan kawan disebelah, Fahim menyedari tindak-tanduknya.
“ Irfan . Kau ushar Hana ke? ” Teguran Fahim mengejutkan Irfan.
Pantas dinafikan Irfan, “ Eh! Taklah. Gila ke aku nak ushar Hana tu? Tak pasal-pasal lebam biji mata aku ni. Bukan kau tak tau macam mana ganas perempuan tu.” Jari telunjuknya dihala ke arah tempat duduk Hana, kelakuannya tadi pantas di-cover
“ Tak payah nak kelentong akulah. Bukan baru Sem ni aku kenal kau. Dah bertahun. Semua pasal kau dalam tangan aku. Kau pakai seluar dalam warna apa pun aku tahu. ” Fahim berseloroh sambil menunjukkan tangannya yang digengam .
“ Amboi! Sampai seluar dalam aku kau tahu. Stalker ke? ” Sindir Irfan dalam tawanya. Fahim mencebik. Dari jauh wajah Farah yang tergesa-gesa mencari meja Laila direnung oleh Irfan dari jauh.
“ Sorry Hana, aku lambat. Prof Botak tu paksa kitaorang siapkan assignment dalam kuliah depan-depan dia tadi. Menggelabah aku. Nasib baik aku tinggal nak edit je. ” terang Farah panjang lebar dalam keadaan termengah-mengah. Hana yang diam membisu direnung Farah .
“ Hana, kau marah aku ke? Sorry sangat.. Aku tak sengaja.” pujuk Farah.
“ Taklah. Bukan sebab kau. ” Sangkal Hana dengan senyuman yang jelas dibuat-buat
“ Habis kenapa? ” soal Farah
“ Hurm, kita balik apartment dulu. Nanti aku terang.” Bingkas Hana. Kereta Audi S1  hijau muda milik Hana yang meluncur dengan kelajuan biasa itu masih sunyi sepi. Farah yang duduk disebelah hampir setiap 5 minit merenungnya.

‘ Hish ,kenapa dengan Hana ni? Takkan marah aku kot? Tapi tadi dia cakap bukan sebab aku, habis sape?’panjang berjela pertanyaan itu singgah ke ruang hati Farah namun didiamkan gara-gara keadaan tak stable Hana.
Sampai saja di apartment A1-4-37 Hana terus meluru masuk ke dalam biliknya. Tindakannya menerbitkan perasaan risau dan tidak senang dihati Farah.

Episod ~ 7 ~


Assalamualaikum



Kuliah Prof. Faizal sudah setengah jam berlalu dan pastinya tugasan baru akan menyusul, senyuman Prof Faizal pagi tadi memang panjang meleret bila tengok kuliah dia penuh. Seketika itu Hana menaip sesuatu di mesej boxnya.
Babe! Aku baru keluar dari kuliah PZ and I just got back from library.
Aku tunggu dekat kafe macam biasa. Jangan lambat eh.:)
Mesej itu di send ke handphone number Farah. Sedang asyik membawa buku dari library untuk assignment dari lecturer tersayang, Prof Faizal. Tiba-tiba…
Kedebush!!!!!!!!!!!!!!!!!
Habis jatuh bersepah buku-buku yang dipinjam Hana tadi. Sedang dalam kekalutan itu, serangan kesakitan dari lelaki dihadapannya mula mencuri perhatian.
“ Adoi! Sakitnya. Mata tu letak dekat mana? Lutut? Dah lah buku semua tebal nak mampus! Dasar perempuan takde mata! Kau letak mata kau kat mana ha!” herdik Azri.
Hana yang terkesima dengan wajah ala-ala Choi Siwon penyanyi kumpulan Super Junior dari Korea mula bersuara.
“ Saya mintak maaf sangat. Saya tak sengaja. ”
“ Sedap je kau mintak maaf! Kepala aku yang benjol ni boleh baik ke bila kau mintak maaf? ”sekali lagi Hana diherdik oleh lelaki dihadapannya.
“ Ewah-ewah! Dah melebihlah pulak budak ni. Aku dah mintak maaf, boleh pulak dia sound aku.” Marah Hana.
Kata-kata Hana itu amat terkesan dihati Azri. Muka yang kacak lagi putih bersih itu mula merah menahan amarah. Saat mata mereka bertamu, cas-cas negatif mula mengawal jiwa. Pelajar-pelajar lain yang tengok kejadian itu pada mulanya ingin menolong Azri namun renungan maut dari Hana membantutkan pergerakkan mereka dan membatalkan niat murni mereka tu. Tak berani nak cari nahas. Namun begitu selepas 30 minit bertengkar, akhirnya kedua-dua mereka dileraikan oleh ketua pelajar dan sudah pasti pertengkaran itu takkan terhenti disitu.

p/s:sorry sebab ade entry yang pendek, hehe

Episod ~ 6 ~


Assalamualaikum



Kuliah Prof. Faizal sudah mula penuh. Bukan sebab budak-budak ni terlebih rajin, tapi sebab Prof. Faizal yang tersangatlah rajin dan prihatin sampaikan sanggup heret pelajarnya, bila ada antara mereka yang tak masuk kelas dia. Perangai psikonya itulah yang menjadi senjata untuk digeruni pelajar-pelajar kelasnya. Memang saja nak cari nahaslah kalau ada pelajarnya yang tak masuk kelas dia, confirm kena heret walau sedang mandi sekalipun. Teringat peristiwa Harith kena heret waktu tengah syok tidur dekat apartment, dengan tak berbaju masuk kuliah. Memang haru biru jadinya dan kerana tak mahu menanggung malu seperti mangsa-mangsa yang lepas, mereka pasti akan datang walaupun lambat. Itulah perangai Prof. Faizal yang memang dikenali oleh Hana. Lecture dari zaman Dip. dulu lagi.
“ Hai, Hana! Aku duduk sebelah boleh? ” tegur Imran. Mesra. Zamzari hanya tersenyum. Kelat.
“ Assalamualaikum.” ringkas jawapan Hana yang nampak sangat menyindir.
“ Sorry. Waalaikumussalam. May I? ” balas Imran kembali. Kawannya yang satu ni memang terkenal dengan sifat ganasnya. Bayangkanlah Prof. Hisham yang memang terkenal dengan sikap pilih kasihnya boleh tunduk hanya sebab dibidas oleh Hana.
“ Sure. Macam tak biasa pulak! ” Ujar Hana lembut.
“ Manalah tahu, Hakimi kau mengamuk macam discussion day kita hari tu. Naya je.” Perli Imran. Sememangnya dia tidak menyenangi sikap Hakimi si buaya tembaga tu. Dahlah tembaga hodoh pulak tu.
“ Aku dah putus dengan dia. ” ringkas jawapan Hana. Malas mahu mengingati manusia yang pendek akal itu. Buang current je.
Imran dan Zamzari yang baru saja ingin memulakan pertanyaan terus diam membisu bila tengok awek sebelah mereka ni dah hilang mood. Melepas.

Episod ~ 5 ~



Assalamualaikum
Sebaik saja melangkah masuk ke Dewan Kasturi B, terlopong mulut Hana bila melihat kuliah pagi itu sudah penuh setengah dewan. ‘ Mimpi apa budak-budak ni? Tak pernah-pernah aku tengok kuliah pagi penuh.’ kata hati Hana. ‘Hah! Sampaikan budak yang paling ‘wanted’ kes ponteng-memonteng kuliah pun datang?Demam-demam.’ detik hati Hana lagi bila melihat Zam si kaki ponteng tu datang kuliah.
“ Zam! Kau demam ke tiba-tiba datang kuliah? ” Tegur Hana saat terlihat Zamzari yang sedang asyik tidur.
“ Kau ni Hana, aku datang kau marah, aku tak datang berganda-ganda kau marah. Tak paham tul lah! ” balas Zamzari sambil membetulkan duduknya dan memandang wajah comel Hana yang lengkap berbaju kurung rona hijau muda.
“ Hantu hijau betullah kau ni Hana.” tegur zamzari bila terpandangkan baju kurungnya itu. Sebaris senyuman dihadiahkan kepada teman karibnya itu sebelum menjawab pertanyaan Zamzari. Melihatkan senyuman itu saja, mata yang mengantuk boleh jadi segar, perut yang lapar boleh jadi kenyang inikan pula hati Zamzari yang pastinya sudah berhenti berdegup.
‘ Kuat betul aura kau ni Hana’ bisik hati Zamzari.
“ Aku tak marahlah. Aku tanyakan.” balas Hana lembut seterusnya mematikan khayalan Zamzari.
“ Semalam Prof Faizal heret aku pegi pejabat dia bila dekat 10 kali aku buat derk dengan arahan poyo dia suruh pegi pejabat. Amek kau, dia heret aku time aku tengah dating dengan awek aku. Gila tebal muka aku. Dan-dan tu jugak awek aku mintak putus. Hadoi! Gila psiko Prof Faizal kau tu! ” Penjelasan panjang lebar dari Zamzari didengar dengan penuh khusyuk. Senyuman menyapa bibir Hana“Aku dah pernah bagitau kan? ” jelas Hana. Zam terus senyap. Tak jadi menyambung tidurnya bila teringat senyuman Hana tadi dan senyuman ‘evil’ Prof Faizal .Ha ha ha !!

Episod ~ 4 ~


Assalamualaikum


“Hana, Hana..Bangun. Dah subuh ni. ” Kejut Farah sambil menarik selimut Hana ke paras peha.
“ Kejap lah Farah , Aku ngantuklah. ”Balas Hana yang masih menutup mata. Selimut ditarik ke paras dada kembali . Selamba gila. Dia tak fikir yang kejap lagi ada singa bakal mengamuk. Memang cari nahas budak sorang ni. Dah lah singa bukan sebarang singa.
“ Nur Hana Safura! Bangun. Dah pukul 5:30 dah ni.BANGUN !!!!!!!!! ” Tegur Farah. Geram. ‘ Eii,memang cari nahas betul budak ni ’ ngomel Farah dalam hati.
“ Kejap Mia, lagi 5 minit. 5 minit je. ” Balas Hana yang sememangnya liat nak bangun pagi.
“ Nur Hana Safura binti Naim Salahuddin! Bangun! Aku kira sampai 3, kau tak bangun jugak aku simbah dengan air. ”Marah Farah. Tegas.
“Satu.”
“Dua.”
“ Ti.. Belum sempat menghabiskan ayat, Hana yang dari tadi liat nak bangun terus duduk dikatil.
“ Okay, okay. Aku pegi mandi dan amik wudhu. ” Sambung Hana. Dengan Farah ni kalau bab solat, jangan le carik nahas. Jangankan simbah dengan air, dengan aku-aku dia boleh heret masuk bilik air.
Usai solat Subuh berjemaah, Hana mula menghidangkan sarapan pagi untuk mereka sementara menunggu Farah mandi. Ye, Farah memang sensitif dengan air sejuk pagi-pagi ni. Boleh demam seminggu budak Farah ni kalau mandi air yang sejuk pagi-pagi. Tersenyum sendiri Hana saat terkenangkan peristiwa dirumahnya 8 tahun yang lalu.
“ Farah, jomlah mandi air perigi. Dah lama aku tak mandi air perigi. Best tau. Sejuk je. ” ajak Hana ketika mereka sama-sama menghabiskan cuti sekolah di kampung Hana, Farah yang sememangnya tiada kampung itu terlebih excited bila dapat tinggal di kampung.
 “ Takpelah Hana, kau jelah yang mandi.Aku... tak nak lah. ” ujar Farah lembut.
“ Ala, tak syoklah camni. Mai kampung, tapi tak mandi perigi tak complete tau. ”pujuk Hana lagi. Entah kali yang ke berape entah.
“ Kau sayang aku, kan? ” tanya Hana. Hanya dengan ayat itu dia bergantung harap. Farah yang sememangnya lemah bila dengar ayat terakhir itu hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Hana tersenyum riang.
Selepas satu jam,
“ Asal kau tak kasi tau aku yang kau allergic dengan air sejuk? ” Marah Hana kepada Farah yang sedang tersenyum dengan tubuhnya dibaluti comforter. Hampir seminggu baru demamnya kebah. Farah.... Farah... Bertuah betul budak ini...
“ Hei, pagi-pagi buta dah berangan? Kau teringat dekat Prof  Botak kesayangan kau eh? ” Teguran Farah mematikan kenangan silam dari kotak fikiran Hana. Sebaris senyuman dan jelingan  dihadiahkan kepada teman baiknya itu apabila nama Prof  Botak disebut, sambil menghirup milo panas kegemarannya.
“ Kuliah siapa pagi ni? ” Soal Farah mengejutkan kembali Hana
“ Kuliah PZ. ” Ringkas dari Hana.
“ Kau? ” sambung Hana.
“ Prof Hisham a.k.a Prof Botak kesayangan kau.” Usik Farah, sambil tersenyum
“ Eh, dia tu syok kat kaulah Farah, pasal tu asyik nak jumpa kau je, salah assignment tu alasan je ” Hana tersenyum panjang bila usikannya mengena tatkala melihat mata Farah dijengilkan.
‘ Tulah, nak kenakan orang yang dari dalam perut terror mengenakan orang. Silap oranglah Farah. See my face lah. Muka cute macam aku ni tak ada siapa boleh lawan. Haha. Ke situ pula ’detik hati Hana dengan tersenyum sumbing.
“ Lecehlah dia tu, assignment minggu lepas dia suruhnya kami buat balik. Geram betul. ” Luah Farah. Hana hanya mendengar dan mula mengangkat pinggan untuk dicuci.
Memang kebanyakkan pelajar UTM tidak mengemari Prof Hisham kerana sikapnya yang..
Ops! Tak baik dengar orang mengumpat. hehe. Aku sebat karang.

Tuesday 30 October 2012

Episod ~ 3 ~


Assalamualaikum



“ Dah? Jom.” Disapanya Hana yang sedang menyarung cardigan hijau muda miliknya.
" Cepat la makcik oi " sambungnya lagi.
Langkah kaki yang beriringan itu terus menuju ke kedai mamak di depan apartment mereka itu memang sentiasa jadi tumpuan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia.Kerusi dihadapan ditarik bersahaja.
Selesai pesanan diambil, Hana pantas memulakan bicara.
“ Farah , kau dengan Imran macam mana? Still kaku tanpa tindakan? ”Soalan Hana benar-benar menyesak dada Farah ketika itu.
Lama mereka berdiam diri sehingga pesanan yang dipesan terhidang diatas meja.
Belum sempat mi goreng mamak disua ke mulut Hana, Farah terlebih dulu membuka bicara,
“ Entahlah Hana, aku pun blurr. Bertegur tak pernah, berkawan? Memang harapanlah. Entah angin apa entah aku boleh tiba-tiba ter-syok dekat dia.” suara Farah yang sememangnya lembut itu seakan-akan berbisik kepadanya.
Pinggan mi goreng mamak Hana ditolak ketepi sedikit. Dihirup perlahan jus epal kegemarannya.
Ditenung seketika wajah Farah, kemudian dia bersuara.
“ Eleh, dah memang jatuh hati dekat dia tak nak ngaku pulak. Kalau aku, dah lama aku propose Imran tu jadi pakwe aku.” Usik Hana. Dia memang tahu Farah pantang kalau aku syok dekat buah hatinya. Muka ayu Farah mula berubah kemerahan menahan malu dan amarah.
" Hana ni nak kena tau. Boleh pulak dia sound nama Imran kuat-kuat. Dah lah ramai yang selalu volunteer jadi spy Imran. Jaga kau!" bisik hati Farah yang kegeraman. Tangan yang sedari tadi gatal terus mencari mangsa untuk dimakan.
“ Auch! Sakitlah Farah. Apa main cubit-cubit ni . Huh! ”Adu Hana. Geram dengan tangan Farah yang sememangnya laju kalau bab-bab cubit-menyubit ni. Farah tersenyum riang kerana kawannya itu reti jugak tutup mulut. hehehe
“ Farah, sampai bila kau nak diamkan diri? Nak tenung muka mix-British Imran tu dari jauh je ke? Imran tu kacak macam Shaheizy Sam, mata dah lah memikat Farah, bila-bila masa je boleh jadi milik perempuan yang tergedik-gedik dekat UTM ni. ”
Baris ayat terakhir itu disertakan dengan lenggok tubuh Hana yang mengikut gaya gadis yang asyik tergedik-gedik itu mengudang tawa pada kedua-dua teman rapat ini. Perbincangan itu hanya sepi disitu.
Selesai mi goreng mamak dan roti tisu dihabiskan, kedua-dua teman ini mula mengatur langkah ke kaunter untuk membayar pesanan mereka. Sampai saja di apartment, Hana dan Farah pantas menlelapkan mata sebaik saja mengenangkan kuliah esok pagi dari dua lecturer yang otaknya selalu tercabut fius. hahaha. Menyanyah betul.

Episod ~ 2 ~


Assalamualaikum



“ Hana Oh Hana ! Hana oi ! Hana ! HANA ! ” Suara halus Farah memecah suasana sunyi apartment mereka.
 “ Mana pulak Hana pergi ni? Macam biskut lah minah ni. Sekejap hilang Sekejap ada.”sambungnya lagi.
“ Hana, kau dalam bilik ke? Aku masuk ye, Aku masuk ni. Aku masuk ni !” Langkah kaki Farah terhenti di hadapan bilik Hana Safura , pintunya dikuak lembut. Bilik yang sedari petang tadi gelap gelita terus terang benderang dengan cahaya neon yang dipasang Farah.
“ Ya Allah, Hana! Apa kau buat dalam gelap-gelap ni? Kau ni tidur ke apa? Cangkung bagai” Farah kaget.
“ Dah, dah. Bangun! ”Arah Farah lagi.
Hana Safura bangkit dengan mata yang sepet menahan silau dari lampu biliknya itu. Terus dipandang wajah teman baiknya, Farah yang sedang duduk menghadapnya.
“ Ni kenapa ni? Kau nangis ea? ” Soal Farah lembut sambil mengusap lembut pipi Hana. Perbuatan Farah menambah sebak dihatinya. Farah pula sedar teman baiknya ini pasti punya masalah, kerana jarang Hana yang ceria bermasam muka.
“ Aku baru putus dengan Hakimi. ”ringkas dari Hana. Farah yang langsung tidak terkejut dengan berita itu terus memeluk erat bahu Hana.
“ Aku dah cakapkan, Hakimi tu memang saje nak mainkan kau.” Sambung Farah. Tenang.
“ Memanglah. Tapi Farah, masuk Hakimi dah dekat 98 kali aku putus. And guess what, it not even last a year! Bayangkanlah apa aku rasa, bila aku sayanglah jadi macam ni. Aku ni magnet putus cinta ke apa? Asyik putus je. Couple tak sampai sebulan lepas tu putus. Dari mamat pertama aku couple since aku masuk U, sampai dah nak grad degree ni takde sorang pun kekal. Semua buaya tembaga " Ujar Hana. Ada riak sedih dan kecewa dengan apa yang menimpa dirinya.
Farah yang sedari tadi asyik menadah telinga, terus kelu lidah untuk berkata-kata.
“ Dah lah, Farah. Malas nak ingat. Kau lapar tak? Jom pegi mamak. Aku kebulurlah.” Sambung Hana lembut.
“ Eh,sayang! Dah pukul 12 tengah malam. Tengah malam tau, bukan tengah hari.” Suara Farah yang terkejut itu pantas disampuk Hana.
“ Ala, jomlah! Please..Please..” pujuk Hana.
“ Aik, hari tu beria nak diet. Nak kurus bagai. Hari ni hilang dah niat tu? ” perli Farah, namun pantas saja kakinya ke bilik untuk menyarung tudung apabila mengenangkan diri sendiri yang lapar." Haiyo!cakap orang, diapun sama. " 
5 minit kemudian, Farah kembali menayangkan mukanya di pintu bilik Hana.

Episod ~ 1 ~



Assalamualaikum 
“Kita berpisah je la” Kedengaran suara garau Hakimi memecahkan suasana senyap yang sudah berlalu hampir setengah jam. Serta-merta itu juga wajah comel Hana berubah kemerahan menahan marah.
"Ewah! Sedap rasa je pakcik ni nak putus, sape yang buat hal ni? Aku ke dia? Dia ni memang nak kena dengan aku ni. Saja je kan cari pasal" kata-kata Hana hanya terkunci dalam kotak suaranya.
 “Can I know why?” pantas bibir Hana mengatur ayat. Menduga.
“You sendiri tahukan yang you keluar dengan jantan lain dekat belakang I. So you nak bantah apa lagi? Miss Liar!” balas Hakimi keras.
“ I told you this for more than 10 times! Kami cuma kawan yang keluar atas sebab assignment yang Prof. Hisham bagi. You should know that!” Alasan yang tidak masuk dek akal itu dibantah keras Hana.
“No! What ever reason that comes,you are cheating on me! And…Belum sempat menambah ayat, satu tumbukan padu dihala ke wajah kacak itu. Hakimi yang hilang keseimbangan akhirnya jatuh tersembam ke tanah.
“Excuse me Mr. Hakimi! You yang curang dengan I, and now you salahkan I? You buat drama apa ni? Malay drama you dah tak laku. Expired! ” Kemarahan si comel Hana sudah sampai ke tahap klimaks.
Pantas tangan diseluk ke tas tangan dan melemparkan beberapa keping foto ke arah Hakimi. Serta-merta itu juga, Hana menghayun laju kakinya ke arah kenderaan yang di parking tidak jauh dari Taman Botani itu.
Hakimi yang masih belum bangkit dari posisi jatuhnya tadi mula bangun dan mengambil foto-foto yang dilempar ke arahnya.
“Macam mana dia tahu?” kata-kata yang hanya terdetik di hatinya. Foto dia dan seorang model berkulit putih dengan mata sepet itu sedang bermesra di sebuah restoran di sekitar Kuala Lumpur terus- menerus mengejar penjelasan dari kecuaiannya.
Meter kereta yang telah mencapai 150 kilometer sejam langsung tidak diendahkan oleh Hana. Itulah cara dia melepaskan geram sejak kali pertama memegang lesen D. Memang rupa nak mati.
“Bodoh! Salah orang semua nampak. Diri sendiri yang berkepit dengan betina lain langsung tak nampak. Pergi jahanamlah dengan kau, Hakimi Dato’ Ridwan. Dasar buaya tembaga! Buaya darat! Buaya Emas! Aku tak matilah tak ada kau!” jerit Hana sambil menekan pedal minyak kereta Audi kesayangannya itu.
Kaki dihayun laju menuju ke rumah A1-4-37, selepas kereta Audi S1 kesayangannya diparking.
Bilik yang tersergam indah dengan rona hijau muda itu tidak mampu menenangkan jiwanya yang sedang kacau. Ah! Aku benci kau lelaki bertopengkan buaya hodoh!

Cerpen Paper Girl ~ Last ~

Tiga minggu berlalu. Aku masih menghitung hari. Birthday aku dan Haniff tinggal beberapa hari sahaja. Emm... apa agaknya si Imran tu tengah buat sekarang yek? Eh.. pelik! Aku masih tak mampu nak memadam ingatanku padanya. Saban malam dia hadir dalam mimpiku. Aku betul-betul angau. Aku betul-betul jatuh cinta! Eh, tak patut tu! Aku tahu perbuatanku itu salah. Jadi, aku cuba kawal perasaanku!

Tiga minggu ini juga sudah berjambak bunga kuterima. Gila sungguh peminatku yang seorang ini. Namun tak kunafikan, aku bahagia. Insan ini sungguh-sungguh berusaha mahu memenangi hatiku tapi aku perlu memberitahunya yang Haniff sudah lebih dulu bertakhta di hati. Maaf... aku betul-betul minta maaf. Aku perlu bersemuka dengan insan yang seorang ini, walau hakikatnya aku sudah mula mengagumi keromantisannya.

Petang itu aku menanti gadis kecil yang sering hadir dengan jambangan segar itu. Aku pernah bertanya siapa yang menyuruhnya, tapi kejap sungguh mulut comel itu menyimpan rahsia. Pernah juga aku mengekorinya, tapi hampa, tiada maklumat kuperolehi.

"Adik.."

Gadis kecil itu berpaling. Dia merenungku yang sedang memegang sejambak ros merah segar di tangan.

"Tolong beritahu orang yang hantar ni, kakak nak jumpa dia. Penting. Ini kes antara hidup dan mati. Kakak nak jumpa dia kat pondok atas bukit petang ni."

Gadis kecil tersenyum sambil mengangguk dan terus berlalu. Aku perlu selesaikan perkara ni segera. Aku perlu ke rumah Haniff malam ini. Hari ini ialah hari yang aku nanti-nantikan selama ini. Birthday aku dan Haniff! Aku ada surprise untuk Haniff. Aku memakai gaun warna pink yang emak belikan khas untuk hari lahirku. Aku bermekap ringkas bersesuaian dengan gaunku. Aku melihat diriku di cermin. Fuh!!! Cantik, jelita dan menawannya! Semua ini aku buat bukan sebab nak jumpa mamat romantik kat atas bukit tu tapi sebab nak jumpa Haniff kesayanganku selepas itu. Pasti Haniff terpegun melihat penampilanku yang feminin ini tambah pula dengan hadiah pen kegemarannya itu.

Oleh kerana hari ini birthday aku, aku dibenarkan memandu kereta kancil ibuku untuk keluar bersiar siar bersama kawan-kawanku. Lebih kurang jam 6.45 petang, aku menuju ke bukit yang aku maksudkan pagi tadi pada gadis kecil itu. Alam agak suram tatkala aku tiba di kaki bukit. Ya Allah! Di sepanjang denai menuju ke atas bukit dihiasi kuntuman ros merah yang segar. Bahagianya aku andai sepanjang hayat dihargai begini. Tuhan aku bagai melihat adegan filem romantik. Sehelai cadar putih terhampar di atas rumput berhampiran dengan sebuah pondok. Sebiji kek berserta lilin ada di atasnya.

"Happy Birthday my dear Nurlisa!"

Aku menoleh. Kau? Imran!!!

"Maaf. Saya tak pernah menunjukkan diri. Saya cuma mampu menyayangi awak dari jauh. Saya mula memerhati awak bila awak mula menghantar paper. Saya berlanggan dengan Tauke Chong kemudiannya, sebab mahu lihat awak lalu di hadapan rumah saya," dia bersuara.

Ketahuilah bahawa aku juga menyayangimu. Aku tidak boleh mombohongi hati ini yang aku rindu padamu. Namun, itu semua hanya bergema di dalam hati. Mana bisa aku menuturkannya. Pelik! Aku boleh cinta dua jejaka pada masa yang sama! Aku kawal perasaanku sekali lagi!

"Maaf, saya mengaku yang saya dah jatuh suka pada awak. Tapi bukan ditakdirkan kita bersama. Saya tak mahu dianggap curang. Tolonglah, awak memang baik, tapi saya tak mampu. Terima kasih atas semua yang awak lakukan selama ini." Air mata jatuh berderai. Aku berlari ke arah kereta kancilku. Lalu aku menghidupkan enjin dan terus memandunya dengan selaju-lajunya. Aku ingin lari jauh dari Imran. Terbayang di mata segala kenangan bersamanya. Tidak! Aku tak boleh simpan kenangan itu. Bagaimana dengan Haniff??? Kenapa dia? Kenapa? Dia yang ku kenang saban hari, dia yang membawa senyum di bibirku, dia yang singgah dalam mimpiku hampir tiap malam. Kalaulah kami ditakdirkan bertemu awal-awal dulu, kalaulah...!

Malam. Aku perlu lupakan segalanya. Aku perlu menemui Haniff. Pen sudah ku balut kemas. Hasil penat lelahku selama berminggu-minggu, kini sudah berhasil. Rumah Haniff gelap sahaja apabila aku tiba. Selalunya tidak begini. Keluarga Haniff pasti akan bersama-sama meraikan hari lahirnya. Mungkin Pakcik Sulaiman dan Makcik Aziah ada hal penting di luar. Sengaja tidak aku bunyikan loceng kerana aku pasti Haniff ada di laman belakang kerana aku terdengar suaranya sayup-sayup di sana. Perlahan aku melangkah. Haniff pasti akan terkejut besar kali ini. Terbayang-bayang di mata kemeriahan yang akan kami lalui bersama malam ini.

"Surprise! Happy Birthday Haniff!" Dan mataku hampir tercabut melihat adegan sumbang itu. Haniff sedang mendakap gadis lain dan bibir mereka bertautan! Ya Allah! Jauhnya kau telah menyimpang Haniff!

"Lisa! Kenapa tak call nak datang. Ini sepupu Haniff!"

Aku sudah tidak mendengar lagi kata-katanya. Berhamburan air mata tak dapat ku tampung. Inikah balasan kesetiaanku selama ini? Inikah balasan penat lelahku selama ini? Pen indah bersalut emas ku campak entah ke mana. Persetan semuanya! Apa gunanya lagi sekarang. Sanggup aku dikejar anjing, keluar menghantar paper jam lima pagi... segalanya aku lakukan untukmu Haniff. Aku sanggup menolak Imran yang mula menggamit hati. Cis, Penipu!

Air mata semakin laju menuruni pipi. Kereta kancil ku pandu mengikut kata hati. Nasib baik kat jalan raya malam tu tak banyak kereta. Keretaku meluncur melalui jalan-jalan kecil menghala ke bukit. Biar aku ubati lukaku di sana. Biarku luahkan rasa kecewaku pada Haniff, rasa kesalku pada Imran! Lagi sekali mataku terpaku apabila tiba di atas bukit. Hamparan putih masih ada. Lilin masih menyala namun telah mencair, menitis ke atas kek, dan dia. Dia masih di situ. Imran masih menanti!

"Sebenarnya saya dah hampir putus asa menanti. Saya hampir saja nak pulang, tapi, saya tak boleh pergi. Puteri yang menjadi ilhamku di sini." Dia menutur kata. Lembut.

"Imran." Aku menghampirinya. Dia meraih tanganku. Mata bertentangan mata. Tak sanggup lagi aku menutur kata. Aku dah kehilangan Haniff, tapi aku tak kehilangan Imran yang betul-betul menyintaiku. Ku pandang bulan yang menyinar cerah di langit tinggi. Dengarlah alam, dengarlah bulan, aku juga menyintai lelaki ini setulus hati.

"Happy Birthday and I love you, Lisa" ujar Imran. Tanganku semakin kemas di dalam genggamannya.


Cerpen Paper Girl ~ 3 ~

Seperti hari-hari biasa, mountain bike kukayuh laju. Hampir kesemua rumah di Taman Mewah, Laman Saujana dan Bukit Impian berlanggan surat khabar dengan Tauke Chong. Tauke akulah tu. Selesai saja tugas di Jalan Seri Intan aku bergegas ke Jalan Seri Permata. Jeng... jeng...jeng... Villa Seri Cinta! Aku mengikat kemas surat khabar dan majalah. Satu, dua, tiga! Pantas aku membalingnya. Pap! "Yes kena!" Mataku bersinar ceria. Ada wajah muncul di muka pagar.

"Nasib baik helmet ni ada." Wajah semalam tersengih gembira.

Manakala aku pula...Hushhh!!! Bengang tak terkata.

"Okay. 1 - 0." Dia berlalu. Ngauman TZMnya memecah keheningan pagi. Aku hanya mampu mengulam asap yang berkepul-kepul.

'Tak boleh jadi mamat ni. Mentang-mentang ada motor besar... berlagak!' Aku mengomel sendiri. Niat di hati nak kenakan orang, tapi budak tu pula dah pasang langkah-langkah keselamatan. Jam ku kerling. Alamak! Dah lewat. Basikal ku kayuh selaju-lajunya. Aku ambil jalan pintas yang agak sunyi. Dalam hati takut gak... tapi argh! Bantailah.

Salakan nyaring anjing mengejutkanku. Sudah... dua ekor lak tu! Wajahku pucat tak berdarah. Kalau pipiku ditoreh alamatnya kering kontang aje. Hormon adrenalin merembes keluar. Degupan jantung semakin deras, padanlah dengan kaki aku yang semakin laju mengayuh basikal. Macam bertanding kat sukan Olimpik!

Salakan anjing terasa semakin dekat di telinga. Mak... tolong!!! Basikal tak dapat ku kawal dan akhirnya aku terjerumus ke dalam longkang! Dua ekor anjing itu hilang entah ke mana. Aku terduduk di tepi longkang. Kakiku terseliuh, sikuku pula berdarah. Malangnya nasibku. Berderai manik jernih dari kelopak mataku akibat tak tahan menanggung kesakitan.

"Aik, lumba basikal pulak"? Ujar satu suara tiba-tiba. Mamat motor besar yang berlagak itu tersengih-sengih di sisi. Malang sungguh hari ini. Anjing dah lari, rimau pulak yang muncul.

"Sibuk! Orang tengah sakit ni. Cakap banyak pulak!"

Pantas dia memegangku, cuba memberi bantuan dan serentak itu juga refleks tangannya dan aku jatuh lagi sekali. "Emak!!!" Aku menjerit.

"Jangan berlagak sangat sayang. Saya hanya nak tolong awak," dia bersuara tegas. Tangan sasanya mengangkat susuk tubuhku. Merah padam mukaku menahan malu. Sebijik macam Kareena Kapoor dan Hirthik Roshan dalam filem Yadeein!

"Tak senonoh!" Seranahku.

"Awak lagi teruk. Kang saya tinggal je awak kat situ."

Mengugut pulak mamat sorang ni. Kali pertama dalam hidup aku, Nurlisa Abdul Hamid dimalukan sebegini! Kami melalui denai-denai kecil. Aku cam jalan ni. Dia mahu membawa aku ke villanya. Mak, tolong!!!!

"Saya tak mahu ikut awak. Turunkan saya!"

Dia mencerun pandang. "Hei! Awak ingat saya nak rape awak ke?"

Aku jadi malu sendiri. Namun aku tetap tidak mahu kalah. "Awak, tengok mulut saya ni. Saya benci awak!" Aku melepas perasaan. Cheh! Macam cerita Lontong.

"Awak pulak tengok mulut saya ni. Saya suka awak!" Dia menjerit sekuat hati. Terkedu aku dibuatnya. Memang gila budak ni. "Puas hati?" Dia bertanya sinis. Aku memalingkan muka. Gila!

Villa Seri Cinta melambai-lambai mempelawa aku memasukinya. Ruang dalam villa itu lebih indah daripada yang aku bayangkan. Cantik. Nasib baik aku benci mamat ni. Kalau tak berguni pujian dah aku beri. Dia membersih dan membalut lukaku. Walaupun aku menunjukkan wajah mencukaku dan bercakap kasar padanya, dia hanya tersenyum dan melayan kerenahku dengan sabar. Cayalah budak ni!

"Eh, engkau tinggal sorang diri kat rumah hantu opss... maaf rumah besar ni?" Aku bertanya.

"Taklah... ada ramai lagi yang tinggal dengan aku. Engkau tak nampak diorang ke? Tu ada sorang tu tengah duduk kat depan kita tu," katanya sambil menunjukkan ke arah kerusi sofa yang kosong. Sah dia nak pekenakan aku sekali lagi. Dia ketawa terbahak-bahak melihat mukaku yang pucat.

"Yalah, kau yang kata ini rumah hantu kan, jadi akulah hantunya dan yang duduk di sana tu kawan aku," katanya sambil cuba menahan ketawanya. Hishh... benci aku!

Tiba-tiba dia serius, "Oklah, sebenarnya ibu dan ayah aku dah keluar out station atas tujuan urusan pekerjaan mereka ke Austria. Minggu depan baliklah mereka," terangnya.

Aku hanya diam mendengar penerangannya itu. Ah, malas aku nak layan dia! Baik aku balik!

Mak terkejut besar bila aku tiba di rumah. Bermula dari hari itu, aku dah tak boleh jadi paper girl lagi. Mak risaukan aku. Aku lagi risau. Kenapa aku rindu nak hantar paper. Kenapa aku rindu dengan mamat tu? Hebat sungguh penangannya. Terngiang-ngiang di telingaku kata-katanya. "Saya suka awak!" Dia terus sahaja berlalu pergi setelah menghantarku. Dia hanya memberitahu mak yang namanya Imran. Aku ni angau ke? Ini jatuh cinta ke? Apa nak jadi dengan Haniff??? Pening kepala aku!

"Along, special delivery!" Suara Izzat riang di muka pintu. Berkerut dahiku memandang benda yang dikatakan special delivery itu.

"Siapa?"

Izzat hanya menjungkit bahu tanda tak tahu. Aku menarik riben yang mengikat kemas bungkusan itu. Lukisan budak perempuan menunggang basikal. Aku ke tu? Cantik sungguh lakarannya. Di bawahnya tertulis, Kau Ilhamku! Hatiku berbunga riang. Muka macam aku ni ada jugak secret admire? Mengkagumkan!Malang sungguh lelaki itu. Aku dah ada Haniff. Aku mesti setia. Aku tak mahu digelar penipu. Maafkan aku wahai insan! Namun persoalan masih berlegar di kotak fikiranku. Siapa? Haniff nak buat surprise? Atau Imran, budak gila tu? Merepek. Argh, lantaklah.

Cerpen Paper Girl ~ 2 ~

"Along, talipon!" Pembacaanku terhenti. Siapa pulak ni? Izzat adik bongsuku tersengih-sengih di muka pintu. "Abang Hanifflah!" Dengar sahaja nama Haniff maka sepantas kilat aku berlari. Haniff kesayanganku!

"Hello. Lisa?"

"Hai. Apa khabar yang?"

"Sihat... em... sebenarnya Haniff call ni... ada hal nak beritahu Lisa."

"Apa pulak halnya... cepatlah cakap. Lisa dah tak sabar ni!"

"Emm... sebenarnya Lisa... Haniff nak batalkan temujanji kita hari ini.

"Batal!!! Apasal pulak?"

"Lisa kenal sepupu Haniff yang kat Singapura tu kan? Dia ada datang. Jadi nak tak nak Haniff kenalah layan diakan. Sorrylah ye Lisa. Haniff harap Lisa boleh faham situasi Haniff. Lain kalilah ye Haniff temankan Lisa tengok wayang tu. Bye!"

Klik! Aku terpaku. Punyalah aku excited nak pergi. Dari pagi aku sibuk memilih baju dan kasut, tapi... entahlah. Semenjak sebulan dua ini aku jarang keluar dengan Haniff macam dulu. Dulu kami sering main roller blade bersama dan pergi ke library pun bersama. Namun kini, ah... aku terlalu sibuk mengumpul wang. Haniff pula sibuk dengan sepupunya. Takpelah... jauh di mata dekat di hati. Malah, sepupu Haniff tu bakal sepupu aku jugak. Hi... aku tersengih sendiri.



Cerpen Paper Girl ~ 1 ~

 Pagi yang dingin... sedingin salju! Aku kayuh basikal laju-laju. Nasib baik sweater buah tangan abah dari London ni tebal,  kalau tak, maunya aku beku. 75BTaman Mewah. Pap! Paper NST ku campakkan. Oh! anjing bulldog itu mengamuk lagi. Mana taknya tiap-tiap hari paper yang aku campakkan tepat-tepat kena kepalanya. Mana aku tau? Paper tu lah yang berkenan nak landing atas kepala dia.

Opss! Lupa nak bagi personal details. Namaku Nurlisa Abdul Hamid. Ahli keluarga dan kawan-kawan pangggil aku Lisa. Umur baru 18 tahun. Baru saja selesai menduduki kertas SPM. Nak tahu kenapa aku sanggup kerja hantar surat khabar ni? Abahlah yang punya angkara. Nama je ada gelaran Datuk, tapi kedekutnya tuhan saja yang tahu. Apapun, abah memang begitu, tegas dalam mendidik anak-anaknya. Abah mahu semua anak-anaknya berdikari. Walau apa pun sifatnya, I love you abah!

Tarikh 27 April! itulah tarikh yang paling bermakna. Tarikh lahir insan yang paling penting buatku..... Haniff. Kebetulan hari lahir kami serupa. Wow! Best! Aku dan Haniff digelar secocok sepadan di sekolah seperti Uda dan Dara. Macam Jennifer Aniston dengan Brad Pitt pun boleh! Waktu aku dan Haniff ronda-ronda di KLCC, kami nampak sebatang pen yang cantik sangat. Aku tak pernah suka pada benda-benda klasik macam ni, tapi kali ini pen tu memang cantik gila! Haniff punyalah suka. Harganya pun jangan cakaplah, RM599.90! Itu pun setelah diskaun 20%. Berpinau kepala aku tengok harganya dan sebab nak tengok Haniff gembiralah aku kerja begini buat tambah wang saku. Duit kat bank tak boleh keluar tanpa kebenaran abah. Nak minta dari mak? Malulah. Isyk! Baik aku usaha sendiri. Demi cinta tulus suciku pada Hanif, aku sanggup lakukan apa saja!

Eh! Nasib baik tak terlajak. Hampir saja aku tersasar dari destinasi sebenar. Sebenarnya aku terpaksa menghantar surat khabar ke sebuah rumah baru. 'Villa Seri Cinta. Alamak syahdunya nama banglo ini,' detik hatiku sendiri sambil terpegun menghayati keindahannya. Cantik, memang cantik. Macam istana zaman dahulu kala, namun diperindah lagi dengan sentuhan gabungan idea barat. Hasil pertembungan dua budaya yang mengkagumkan. Hasil seni yang kreatif.Surat khabar Berita Harian, majalah deko dan yang paling istimewa majalah REMAJA terikat kemas. Seperti biasa aku terus membalingnya.

"Aduh!"

Suara itu betul-betul mengejutkanku. Secara tiba-tiba lelaki itu muncul di pintu pagar rumahnya. Aku terpaku. Alamak..! "Minta maaf sorry ampun! Saya tak sengaja," ujarku tergagap-gagap. Habislah aku kali ini. Dia hanya tersenyum. "Cute jugak mamat ni", hatiku berkira sendiri. Miang!

"Lain kali awak joinlah kelab lontar peluru, lebih berfaedah dari lontar paper dan majalah", dia selamba berlalu.

Cheh! Eksyen. Tak kuasa aku. Aku mengayuh pantas meninggalkan banglo itu. Tak kisahlah, asal kerja habis. Terbayang lambang "RM" di mataku. Ting!


Salam Perkenalan


Assalamualaikum.

Salam Perkenalan dari saya seorang Insan Terpinggir. Saya akan selesa jika kalian hanya mengenali saya dengan panggilan Hana. Maaf saya pohonkan, Identiti saya terpaksa saya sembunyikan. Saya lebih suka jika tiada sesiapa tahu akan diri saya. Saya menyampaikan cerita ini sekadar luahan. Terserah kalian mahu cakap apa. Kata lah apa pun. Saya tak akan kisah. Terserah kalian.

Saya tak akan ambil tahu jika kamu tak suka, mengumpat, membenci, bergossip, mencemuh, memperendahkan, memperlekehkan, dan memberikan komitmen-komitmen yang buruk pasal saya dan blog saya. Siapa kamu dan adakah kamu kenal saya? Jadi terserah kamu untuk kata apa saja. Katakan lah apa saja. Ia sikit pun tak mengganggu jiwa, raga, hati dan perasaan saya.

Terima kasih kepada yang memberikan komitmen secara baik dan munasabah. Saya tak akan layan orang-orang yang tak puas hati dengan saya. Adakah post ini agak kasar? Tidak. Saya cuma memberikan peringatan. Salah ke? Kalau salah jangan baca. Saya sebenarnya seorang periang, Tapi ini cuma luahan hati saya. Tiada siapa tahu apa yang berada di dalam hati saya. Ianya rahsia Allah dan empunya badan.

Salam Ukhwah Fillah Abadan Abada.