Saturday 3 November 2012

Luahan Hati Insan Terpinggir .


Assalamualaikum .


Hari ni hari ahad. Tepat jam 12.01 pagi aku menulis entri ini . Aku cuma seorang insan yang lemah . Seorang insan yang terpinggir . Yang tiada siapa mahu mempedulikan aku . Kelemahan diriku membuatkan aku tidak disukai orang . Apakah aku tidak layak mempunyai seorang sahabat ? Aku sedih , aku kecewa ... Tiada siapa tahu . Sahabat aku semuanya sudah meminggirkan aku ....


Dulu . dulu ...... Hmmm . suatu masa dahulu . Tak tahu nak terangkan dahulu tu macam mana . Bagi aku macam dah lama sangat tapi bagi dia baru beberapa hari . Dulu .. aku ada seorang sahabat , Yang selalu mendengar luahan hati aku , yang selalu bergurau senda dengan aku , yang selalu menasihati aku , yang selalu berkongsi perasaan dengan aku . Bagi aku dia lah sahabat terbaik aku . aku sentiasa ingin bersama sahabat aku . dari gembira di kongsi bersama sehinggalah sedih juga di kongsi bersama ..

TAPI ..........

Hari demi hari kau mula menjauhi diri . kau mula melupakan aku . Pertemuan mu dengan sahabat baru mu telah membuatkan kau lupakan akan aku seornag sahabat mu yang lama . umpama kau menerima vill dan aku tinggalkan pondok usang ini yang selalu melindungi mu tika panas dan terik . bersama-sama merasakan kesukaran itu .


Sahabat , jujur aku sedang menangis , aku rasa sunyi . rasa terpinggir . aku hanya mampu melihat kau bermesra dengan sahabat mu yang lain . tahu kah engkau bahawa aku sedang sendirian menghadapi kesukaran hidup ? Sendiri ......... aku tak kuat . pada siapa aku perlu berkongsi . dan pada siapa perlu aku luahkan . sahabat ..... kenapa kau hukum sahabatmu ini :'(


Kawan . hari ni . kau tinggalkan aku .. kalau lah kamu tahu ... saya sangat sayangkan kamu kawan .. tapi kamu tak akan tahu betapa peritnya hati aku ini . Kalau diberi kesempatan , aku cuma mahu kau dengar kan apa yang aku ingin katakan . " Aku merinduimu kawan .... " walaupun kau sikit tidak menoleh ke atas diri ku ... Selamat tinggal sahabat . memang aku perlu bersendiri . tiada siapa yang mahu setia menjadi sahabat karib ku . aku seorang insan yang terpinggir . 

" Tiada siapa tahu dan perasan akan kewujudan ku "

Assalamualaikum .






No comments:

Post a Comment