Saturday 3 November 2012

Episod ~ 12 ~


Assalamualaikum 


“ Im, awat tiket ada 4? Sape lagi sorang? ” tanya Hana bingung bila tengok tiket wayang yang ada dekat tangan Imran ada 4 , sedangkan mereka cuma bertiga.

‘ Sapa lagi sorang tu ek? ’ bicara Hana dalam hati.

“ Sorry, Imran. Aku lambat. Movie dah start ke? ” Suara dibelakangnya menegur Imran ramah.’ Macam pernah dengar je suara dia ni. Tapi dekat mana eh? ’ Hana membisu cuma hati yang berkata-kata.

“ Hah! Azri, sampai pun. Kenalkan ni Farah. Aku punya.” ayat terakhir Imran yang seolah-olah memberi amaran itu mengundang tawa dihati Azri Iskandar. Tersenyum Azri.

“ Tapi kalau yang ni takpe. Single and available. ” sambung Imran seraya memandang tepat ke
arah Hana yang kaku berdiri.’ Apa kena Hana ni? Dah macam patung aku tengok. ’ Farah yang sedari tadi diam mula bersuara. Dalam hati je. Karang tak pasal kena belasah.
Hana yang berdebar-debar terus memusingkan badannya menghadap Azir Iskandar.

“ Kau! " Tepik Hana. Azri bersuara dalam hati ‘ Dia ni ke? Memang ada jodoh. ’
Farah dan Imran berpandangan. Pelik.

‘ Since when Hana kenal Azri ni? ’ Imran pelik. Bertambah pelik bila muka comel Hana berubah kemerahan. Dah macam bom nak meletup, yang Azri pulak tersengih-sengih macam kerang busuk. Pelik. Pelik
Hana yang ingin berambus dari situ ditahan oleh Farah.

“ Hana, kenapa ni? Kau kenal dia? ” tanya Farah bertalu-talu.

“ Aku nak balik. Takde mood nak tengok movie. ” Hana bersuara selepas lebih setengah jam mendiamkan diri. Nasib baik wayang start lambat.

“ Hana, kau nak balik macam mana? Kereta tak bawak, kan. Kita balik sekalilah. ” pujuk Imran. Namun Hana yang keras kepala tu mana nak makan saman. Dia buat muka derk adalah.

Imran kebuntuan. Farah? Lagi le. Hilang habis ayat power dia nak pujuk member sorang ni. Memang keras kepala betul. Azri? Asyik tersengih dari tadi. Nampak macam ada plan jahat tengah dirancang. Hana yang masih diam membeku terus diangkat oleh Azri. Punyalah terkejut Hana. Badan dia yang XXL, mamat keding ni boleh angkat? Imran dan Farah dah terkejut beruk. Tercengang kejap.

Muka Hana sudah mula merah.’ Malu beb , si keding tu angkat aku. Habis semua orang ushar aku. Aduh! ’ jerit Hana. Dalam hati je. Badan si keding Azri Iskandar terus dipukul bertalu-talu. Azri still tersenyum nakal. Bukan nakal lah! Senyuman setan tu. Huh!

“ Kau pukul aku lagi, aku cium kau. ”

‘ Pergh! Berani dia nak cium aku ’. Bila tangan aku mula diangkat untuk sesi membelasah, si keding tu terus rapatkan muka dia dekat muka Hana. Berdebar-debar jantung ni . “GILAAAA!!!!!!!” jerit Hana.Azri  bantai gelak. Dua ekor dekat belakang tu pun dah join the club bila Azri gelak. Siap korang. Orang lain yang tengok pon join sekali. Hantu betul.

Sampai je dalam panggung Farah terus duduk disebelah Imran maka Hana terpaksa duduk sebelah si keding tu. Terpaksa ye! Nak tak nak, kena duduk jugak sebab orang belakang dah bising. Azri masih tersenyum.

Cerita hantu yang seram gila dekat depan tu masih tak mampu nak seramkan Hana yang still seram dengan kejadian drastik si keding tadi. Dipandangnya si keding yang tengah syok tengok movie, baru je angkat muka nak tengok depan, hantu yang takde kepala terus keluar. Terjerit Hana sambil terpeluk lengan Azri . Terpeluk okay. Azri yang terkejut terus senyum. Manis.

Hana yang tersedar dia dah terpeluk si keding tu, terus tangannya ditarik. Minta lepas. Tapi takkan Azri  nak lepas. Digengamnya pulak tangan Hana yang berisi tu. Merah padam muka minah tu. Jantung dia berdegup kalahkan bom.

“ Weh! Lepaslah.” Hana berbisik dengan Azri. Azri yang tersentak terus pandang Hana.

Mata mereka bertemu lagi untuk kali kedua. Tapi tak ada dah cas negatif dari Azri, cas positif  je banyak. Hana terus rentap tangan dia tapi tulah cas negatif minah sorang ni, belum boleh dikurangkan. Azri senyap. Dipandangnya Hana yang kesejukan dalam panggung tu, dengan murah hati Azri buka jacket yang tersarung ditubuh dan bagi dekat minah senget sebelah dia. Terkedu Hana.

“ Tak payah. Aku okay. ” suara Hana yang berbisik itu kedengaran kuat ditelinga Azri. Tangan yang menghulur bantuan tadi terus ditarik. Mata yang asyik merenung Hana tadi serta-merta dihala ke depan. Terasa kot.

No comments:

Post a Comment