Wednesday 31 October 2012

Episod ~ 9 ~


Assalamualaikum


Malam itu, ketika sedang duduk menikmati buah-buahan segar sambil menonton drama Asmara 2, Farah memulakan bicara.
“ Hana, kau marah aku ke? Dari siang tadi kau asyik senyap je. ” Ada getaran dalam nada suaranya.
Hana memandang Farah sekilas dan keluhan dilepaskan sebelum bait-bait kata diatur.
“ Farah, aku tak marah kau pun sebenarnya. Lepas gaduh dengan mamat sewel tu aku terus badmood. Sorry sangat sebab buat kau fikir macam-macam. Sorry ek.” jelas Hana. Dia sedar tak patut tindakannya melepaskan amarah pada orang yang tidak bersalah.
Farah cuma tersenyum. Dia faham benar dengan perangai Hana. Yelah, dari darjah satu berkawan.
“ Hana, kau cakap tadi kau gaduh? Lepas tu ada mamat sewel? Ish! Aku blur lah. ” Farahbersuara selepas 5 minit melayan drama Asmara 2.
“ Aah! Aku gaduh. Mamat sewel tu memang tak guna. Harap muka je handsome macam Siwon.” Marah Hana.
“ Oh! Tapi kau gaduh dengan sape? ” soal Farah lagi
‘Aduh! Apa ke blur sangat kawan aku ni .Hai, nasib badan.’ Satu keluhan dilepaskan dan Hana kembali bersuara “ Aku gaduh dengan mamat sewel tu lah! ” Jawab Hana acuh tak acuh.
“ Sape pulak mamat sewel tu? Apasal kau panggil dia mamat sewel? Tak baik tau panggil dia macam tu, kesian mak bapak dia, penat-penat pilih nama ”soalan Farah ini menimbulkan kepanasan yang hakiki dalam hati Hana. ‘Ya Allah Ya Tuhanku. Bantulah hambamu ini ’. Doa Hana dalam hati.

“ Kalau aku tahu nama dia apa, takdelah pulak aku panggil dia tu mamat sewel Cik Farah Nabila.” balas Hana dengan nada geram. Farah hanya tersenyum bila tahu kawannya itu sudah naik hantu. Pantas bahu Hana diraih bagi menyejukkan hatinya. Lalu Farah bersuara “Blur jugak ye, aku ni.”
“ Aah! Teramat blur. Sampai rasa macam nak cekik-cekik je kau! ”
Tangan yang meraih bahu Hana kini sudah berada dileher Farah erat sambil kepala digeleng laju. Gelak tawa mereka menyusul kemudian.
“ Woi! Tak reti tidur ke? Gelak macam hantu! ” jeritan jiran depan rumah mereka mematikan gelak tawa mereka.
“ Opss ” pantas kedua-duanya menutup mulut. Tulah,gelak sampai tak ingat dunia.

No comments:

Post a Comment