Tuesday 30 October 2012

Cerpen Paper Girl ~ 3 ~

Seperti hari-hari biasa, mountain bike kukayuh laju. Hampir kesemua rumah di Taman Mewah, Laman Saujana dan Bukit Impian berlanggan surat khabar dengan Tauke Chong. Tauke akulah tu. Selesai saja tugas di Jalan Seri Intan aku bergegas ke Jalan Seri Permata. Jeng... jeng...jeng... Villa Seri Cinta! Aku mengikat kemas surat khabar dan majalah. Satu, dua, tiga! Pantas aku membalingnya. Pap! "Yes kena!" Mataku bersinar ceria. Ada wajah muncul di muka pagar.

"Nasib baik helmet ni ada." Wajah semalam tersengih gembira.

Manakala aku pula...Hushhh!!! Bengang tak terkata.

"Okay. 1 - 0." Dia berlalu. Ngauman TZMnya memecah keheningan pagi. Aku hanya mampu mengulam asap yang berkepul-kepul.

'Tak boleh jadi mamat ni. Mentang-mentang ada motor besar... berlagak!' Aku mengomel sendiri. Niat di hati nak kenakan orang, tapi budak tu pula dah pasang langkah-langkah keselamatan. Jam ku kerling. Alamak! Dah lewat. Basikal ku kayuh selaju-lajunya. Aku ambil jalan pintas yang agak sunyi. Dalam hati takut gak... tapi argh! Bantailah.

Salakan nyaring anjing mengejutkanku. Sudah... dua ekor lak tu! Wajahku pucat tak berdarah. Kalau pipiku ditoreh alamatnya kering kontang aje. Hormon adrenalin merembes keluar. Degupan jantung semakin deras, padanlah dengan kaki aku yang semakin laju mengayuh basikal. Macam bertanding kat sukan Olimpik!

Salakan anjing terasa semakin dekat di telinga. Mak... tolong!!! Basikal tak dapat ku kawal dan akhirnya aku terjerumus ke dalam longkang! Dua ekor anjing itu hilang entah ke mana. Aku terduduk di tepi longkang. Kakiku terseliuh, sikuku pula berdarah. Malangnya nasibku. Berderai manik jernih dari kelopak mataku akibat tak tahan menanggung kesakitan.

"Aik, lumba basikal pulak"? Ujar satu suara tiba-tiba. Mamat motor besar yang berlagak itu tersengih-sengih di sisi. Malang sungguh hari ini. Anjing dah lari, rimau pulak yang muncul.

"Sibuk! Orang tengah sakit ni. Cakap banyak pulak!"

Pantas dia memegangku, cuba memberi bantuan dan serentak itu juga refleks tangannya dan aku jatuh lagi sekali. "Emak!!!" Aku menjerit.

"Jangan berlagak sangat sayang. Saya hanya nak tolong awak," dia bersuara tegas. Tangan sasanya mengangkat susuk tubuhku. Merah padam mukaku menahan malu. Sebijik macam Kareena Kapoor dan Hirthik Roshan dalam filem Yadeein!

"Tak senonoh!" Seranahku.

"Awak lagi teruk. Kang saya tinggal je awak kat situ."

Mengugut pulak mamat sorang ni. Kali pertama dalam hidup aku, Nurlisa Abdul Hamid dimalukan sebegini! Kami melalui denai-denai kecil. Aku cam jalan ni. Dia mahu membawa aku ke villanya. Mak, tolong!!!!

"Saya tak mahu ikut awak. Turunkan saya!"

Dia mencerun pandang. "Hei! Awak ingat saya nak rape awak ke?"

Aku jadi malu sendiri. Namun aku tetap tidak mahu kalah. "Awak, tengok mulut saya ni. Saya benci awak!" Aku melepas perasaan. Cheh! Macam cerita Lontong.

"Awak pulak tengok mulut saya ni. Saya suka awak!" Dia menjerit sekuat hati. Terkedu aku dibuatnya. Memang gila budak ni. "Puas hati?" Dia bertanya sinis. Aku memalingkan muka. Gila!

Villa Seri Cinta melambai-lambai mempelawa aku memasukinya. Ruang dalam villa itu lebih indah daripada yang aku bayangkan. Cantik. Nasib baik aku benci mamat ni. Kalau tak berguni pujian dah aku beri. Dia membersih dan membalut lukaku. Walaupun aku menunjukkan wajah mencukaku dan bercakap kasar padanya, dia hanya tersenyum dan melayan kerenahku dengan sabar. Cayalah budak ni!

"Eh, engkau tinggal sorang diri kat rumah hantu opss... maaf rumah besar ni?" Aku bertanya.

"Taklah... ada ramai lagi yang tinggal dengan aku. Engkau tak nampak diorang ke? Tu ada sorang tu tengah duduk kat depan kita tu," katanya sambil menunjukkan ke arah kerusi sofa yang kosong. Sah dia nak pekenakan aku sekali lagi. Dia ketawa terbahak-bahak melihat mukaku yang pucat.

"Yalah, kau yang kata ini rumah hantu kan, jadi akulah hantunya dan yang duduk di sana tu kawan aku," katanya sambil cuba menahan ketawanya. Hishh... benci aku!

Tiba-tiba dia serius, "Oklah, sebenarnya ibu dan ayah aku dah keluar out station atas tujuan urusan pekerjaan mereka ke Austria. Minggu depan baliklah mereka," terangnya.

Aku hanya diam mendengar penerangannya itu. Ah, malas aku nak layan dia! Baik aku balik!

Mak terkejut besar bila aku tiba di rumah. Bermula dari hari itu, aku dah tak boleh jadi paper girl lagi. Mak risaukan aku. Aku lagi risau. Kenapa aku rindu nak hantar paper. Kenapa aku rindu dengan mamat tu? Hebat sungguh penangannya. Terngiang-ngiang di telingaku kata-katanya. "Saya suka awak!" Dia terus sahaja berlalu pergi setelah menghantarku. Dia hanya memberitahu mak yang namanya Imran. Aku ni angau ke? Ini jatuh cinta ke? Apa nak jadi dengan Haniff??? Pening kepala aku!

"Along, special delivery!" Suara Izzat riang di muka pintu. Berkerut dahiku memandang benda yang dikatakan special delivery itu.

"Siapa?"

Izzat hanya menjungkit bahu tanda tak tahu. Aku menarik riben yang mengikat kemas bungkusan itu. Lukisan budak perempuan menunggang basikal. Aku ke tu? Cantik sungguh lakarannya. Di bawahnya tertulis, Kau Ilhamku! Hatiku berbunga riang. Muka macam aku ni ada jugak secret admire? Mengkagumkan!Malang sungguh lelaki itu. Aku dah ada Haniff. Aku mesti setia. Aku tak mahu digelar penipu. Maafkan aku wahai insan! Namun persoalan masih berlegar di kotak fikiranku. Siapa? Haniff nak buat surprise? Atau Imran, budak gila tu? Merepek. Argh, lantaklah.

No comments:

Post a Comment