Tuesday 30 October 2012

Cerpen Paper Girl ~ 1 ~

 Pagi yang dingin... sedingin salju! Aku kayuh basikal laju-laju. Nasib baik sweater buah tangan abah dari London ni tebal,  kalau tak, maunya aku beku. 75BTaman Mewah. Pap! Paper NST ku campakkan. Oh! anjing bulldog itu mengamuk lagi. Mana taknya tiap-tiap hari paper yang aku campakkan tepat-tepat kena kepalanya. Mana aku tau? Paper tu lah yang berkenan nak landing atas kepala dia.

Opss! Lupa nak bagi personal details. Namaku Nurlisa Abdul Hamid. Ahli keluarga dan kawan-kawan pangggil aku Lisa. Umur baru 18 tahun. Baru saja selesai menduduki kertas SPM. Nak tahu kenapa aku sanggup kerja hantar surat khabar ni? Abahlah yang punya angkara. Nama je ada gelaran Datuk, tapi kedekutnya tuhan saja yang tahu. Apapun, abah memang begitu, tegas dalam mendidik anak-anaknya. Abah mahu semua anak-anaknya berdikari. Walau apa pun sifatnya, I love you abah!

Tarikh 27 April! itulah tarikh yang paling bermakna. Tarikh lahir insan yang paling penting buatku..... Haniff. Kebetulan hari lahir kami serupa. Wow! Best! Aku dan Haniff digelar secocok sepadan di sekolah seperti Uda dan Dara. Macam Jennifer Aniston dengan Brad Pitt pun boleh! Waktu aku dan Haniff ronda-ronda di KLCC, kami nampak sebatang pen yang cantik sangat. Aku tak pernah suka pada benda-benda klasik macam ni, tapi kali ini pen tu memang cantik gila! Haniff punyalah suka. Harganya pun jangan cakaplah, RM599.90! Itu pun setelah diskaun 20%. Berpinau kepala aku tengok harganya dan sebab nak tengok Haniff gembiralah aku kerja begini buat tambah wang saku. Duit kat bank tak boleh keluar tanpa kebenaran abah. Nak minta dari mak? Malulah. Isyk! Baik aku usaha sendiri. Demi cinta tulus suciku pada Hanif, aku sanggup lakukan apa saja!

Eh! Nasib baik tak terlajak. Hampir saja aku tersasar dari destinasi sebenar. Sebenarnya aku terpaksa menghantar surat khabar ke sebuah rumah baru. 'Villa Seri Cinta. Alamak syahdunya nama banglo ini,' detik hatiku sendiri sambil terpegun menghayati keindahannya. Cantik, memang cantik. Macam istana zaman dahulu kala, namun diperindah lagi dengan sentuhan gabungan idea barat. Hasil pertembungan dua budaya yang mengkagumkan. Hasil seni yang kreatif.Surat khabar Berita Harian, majalah deko dan yang paling istimewa majalah REMAJA terikat kemas. Seperti biasa aku terus membalingnya.

"Aduh!"

Suara itu betul-betul mengejutkanku. Secara tiba-tiba lelaki itu muncul di pintu pagar rumahnya. Aku terpaku. Alamak..! "Minta maaf sorry ampun! Saya tak sengaja," ujarku tergagap-gagap. Habislah aku kali ini. Dia hanya tersenyum. "Cute jugak mamat ni", hatiku berkira sendiri. Miang!

"Lain kali awak joinlah kelab lontar peluru, lebih berfaedah dari lontar paper dan majalah", dia selamba berlalu.

Cheh! Eksyen. Tak kuasa aku. Aku mengayuh pantas meninggalkan banglo itu. Tak kisahlah, asal kerja habis. Terbayang lambang "RM" di mataku. Ting!


No comments:

Post a Comment