Wednesday 31 October 2012

Episod ~ 6 ~


Assalamualaikum



Kuliah Prof. Faizal sudah mula penuh. Bukan sebab budak-budak ni terlebih rajin, tapi sebab Prof. Faizal yang tersangatlah rajin dan prihatin sampaikan sanggup heret pelajarnya, bila ada antara mereka yang tak masuk kelas dia. Perangai psikonya itulah yang menjadi senjata untuk digeruni pelajar-pelajar kelasnya. Memang saja nak cari nahaslah kalau ada pelajarnya yang tak masuk kelas dia, confirm kena heret walau sedang mandi sekalipun. Teringat peristiwa Harith kena heret waktu tengah syok tidur dekat apartment, dengan tak berbaju masuk kuliah. Memang haru biru jadinya dan kerana tak mahu menanggung malu seperti mangsa-mangsa yang lepas, mereka pasti akan datang walaupun lambat. Itulah perangai Prof. Faizal yang memang dikenali oleh Hana. Lecture dari zaman Dip. dulu lagi.
“ Hai, Hana! Aku duduk sebelah boleh? ” tegur Imran. Mesra. Zamzari hanya tersenyum. Kelat.
“ Assalamualaikum.” ringkas jawapan Hana yang nampak sangat menyindir.
“ Sorry. Waalaikumussalam. May I? ” balas Imran kembali. Kawannya yang satu ni memang terkenal dengan sifat ganasnya. Bayangkanlah Prof. Hisham yang memang terkenal dengan sikap pilih kasihnya boleh tunduk hanya sebab dibidas oleh Hana.
“ Sure. Macam tak biasa pulak! ” Ujar Hana lembut.
“ Manalah tahu, Hakimi kau mengamuk macam discussion day kita hari tu. Naya je.” Perli Imran. Sememangnya dia tidak menyenangi sikap Hakimi si buaya tembaga tu. Dahlah tembaga hodoh pulak tu.
“ Aku dah putus dengan dia. ” ringkas jawapan Hana. Malas mahu mengingati manusia yang pendek akal itu. Buang current je.
Imran dan Zamzari yang baru saja ingin memulakan pertanyaan terus diam membisu bila tengok awek sebelah mereka ni dah hilang mood. Melepas.

2 comments: